Wednesday 4 December 2019

Nak buat passport untuk anak. Apa nak kena bawa?

Assalamualaikum semua pembaca. Pejam celik eh dah akhir tahun. Dah kurus ke tu? Haha. Nak cerita pengalaman buat passport anak harini. Mana lah tau dapat berkongsi info pada yang memerlukan.

Apa yang perlu bawa?

Ic ibu bapa ori & photocopy
My kid anak ori & photocopy
Sijil lahir anak ori & photocopy
Cash RM 100 (untuk anak bawah 13tahun)

Passport ni valid untuk 5 tahun ye.

Jangan lupa fotocopy tau sebab tadi kami tak bawa yg photocopy cuma bawa yang ori. Tak pasal2 kene cari kedai fotostat pulak. Kan dah buang masa. Mungkin ada cawangan yang tak perlu bawa tapi better bawa incase mereka tak sediakan service photostat naya nak pi cari kedai.

Dokumen ini semua perlu diserahkan di kaunter first iaitu kaunter yang nak ambik no giliran. Meraka akan tanya tinggi anak kalau tak sure boleh ukur kat tempat disediakan.

Tengah ukur tinggi. Nasib berat tak perlu. Hehe. 

Bila sampai no giliran, ibu atau bapa kene lah pegang baby/anak macam dalam video ni. Hehehe. Kalau anak dah boleh duduk sendiri dan dah tinggi tak payah lah mak ayah pegang kan. Settle snap snap. Tunggu untuk bayar pula. Masa ni ramai pulak pegawai-pegawai imigresen ni main2 dengan si kecik ni. Haha. Nasib mood dia tengah ok. Cukup tido cukup susu happy la dia.


Tempoh untuk siap passport tu dalam 1 jam. So sementara nak tunggu siap tu, boleh lah uolls pergi minum kan jalan-jalan ke, cari makan ke, nak tunggu dalam opis tu pun boleh.  Bila nak tuntut passport tu bawa sekali anak tu, depa nak tengok. Nak pastikan betul ke ni passport anak. Walaupun anak tu umur sehari ke dua hari ke. Ni pegawai tu la cakap. Hehe. Sebab nya kes kami, husband nak pi ambik passport, aku dengan si kecik ni tinggal dalam keta sebab si kecik ni menyusu dan Zzzz. Lepas tu suami datang bagitau nak kene bawa anak. Angkat la anak ni sambil dia tido. Maka selesai urusan membuat passport anak!!! Yeeay Ayah Jom pergi holiday..! Takkan nak simpan dalam almari je passport tu. Hehehe

Semoga info ini membantu. Terima kasih semua. Ada terkurang minta maaf ye.


Thursday 28 November 2019

PENGALAMAN PASANG IUCD. SAKIT KE?


Assalamualaikum semua yang sedang membaca blog kite ni, semoga semua dalam keadaan sihat. Harini baru ada semangat nak update blog setelah hamper 4 bulan bersalinkan puteri kami. Ha,, tu pun nak juga cerita dalam blog ni, tapi tunggu la bila semangat di seru. Tapi harini saya nak share pengalaman pakai iucd selepas hamper 4 bulan bersalin. Sepatutnya elok pakai ketika awal-awal period kan, tapi disebabkan kite ni bf jadi period tak teratur, ada bulan tak datang, kalau datang pun alahai macam spotting je.

Kenapa saya memilih iucd as planning? Kenapa tak rancang sendiri je? Kenapa tak pilih implant atau pil? Saya ada sebab sendiri kenapa memilih iucd. First, haritu bersalin secara c-sec jadi perlu gap 2 tahun untuk next pregnancy, tak larat weh 2 tahun mengandung brturut-turut, hihi. Nak rehat dan focus pada si kecik ni. So, bila pakai iucd ni terus ha nak 3 tahun ke 5 tahun ke tak payah nak pening2 nak renew yang baru hehehe. Saya ni pulak jenis pemalas nak makan pil-pil ni, lebih lagi pil perancang, kalau miss sehari kene kira balik kan, tu problem hehehe. Implant pulak, kita takut ganggu hormone, paling takut jadi gemuk hehe walau pun sekarang gemuk juga tapi taknak lah bertambah gemuk. Dexa tu 3 bulan je, after 3 months kene cucuk lagi sampailah kau bersedia nak mengandung balik. Rancang sendiri? Err…lagilah kite malas nak kira-kira, dengan period tak teratur ni. Jawapan nya iucd lah pilihan terbaik buat saya.

Setelah dapatkan Tarikh temujanji, maka saya serahkan diri ke klinik kesihatan berdekatan rumah. Macam biasa lah, kad appointment tu letak kat kaunter dan kene bayar RM1 untuk pendaftaran. Kemudian sama procedure seperti checkup mengandung, berat badan, tekanan darah dan ujian air kencing dan darah HB diambil. Settle semua tu, nurse in charge akan panggil kita dan tanya sejarah diri contohnya anak berapa, masalah apa semasa mengandung etc.. Selepas tu, baru lah dibawa ke Doktor. Sambil tunggu giliran, sempatlah aku google pengalaman orang lain yang dah buat iucd ni, dan aku ada baca orang tu pengsan masa proses Dr masukkan alat tu. Gulp! Alamak nak teruskan atau cancel. Terus wasap husband bagitau takut la ade kes sampai pengsan. Husband pun replay ‘relex’. Haha. Tiba giliran jumpa Dr. Doktor pun akan tanya lagi sejarah diri dan explain tentang iucd. Masa tu kalau korang nak tanya apa persoalan tanya je okay. Jangan malu jangan pendam. Masa explain tu, Dr pun tunjuklah alat yang nak dimasukkan kedalam Rahim tu. Namanya INARA. Sedapkan nama. Haha. Kecik je dalam seinci ada kot. Saya tanya lah Dr, kalau termengandung juga macam mana? Apa risikonya? Dr cakap % pregnant sangat rendah lebih kurang 1 dalam seribu lebih untuk setahun. Biasa akan berlaku keguguran manakala kalau baby survive nanti iucd akan keluar sekali masa baby lahir. Hehehe. Dr tanya ada ‘bersama’ suami tak selepas period? Aku pun err err.. haha. Dr minta aku buat ujian upt di makmal untuk make sure tak mengandung. Ambiklah air kecing sekali lagi. Nasib boleh lagi kencing hihi. Dan keputusan nya adalah negative.

Aku diminta ke bilik sebelah dan pakai kain yang disediakan. Sebelum tu, sempat aku jelling-jeling alat-alat yang akan digunakan nanti, eeeii, banyak nya tools. Okay, taknak tengok lama-lama nanti pengsan pulak. Dup dap dup dap tunggu Dr datang. Nurse minta aku baring dalam posisi seperti nak bersalin. Yeah, this is the time, Dr masukkan alat dalam vagina, gulp. Sejenis mulut itik kot, aku pun tak sure. Tapi ianya menyakitkan aku, aku cubaa tahan, tapi tak tertahan lagi, aku cakap ‘sakit DR’ ‘argh sakit’. Nurse bagi kata semangat, lembutkan badan, jangan angkat punggung, Tarik nafas hembus. Aku cuba buat tapi masih sakit. Masa Dr nak ambik something (maybe alat iucd tu) mulut itik tu terkeluar. Yeah, I can feel that. Haha! Aku bagitau Dr, ‘Dr terkeluar’ haha! Dr masukkan semula alat tu. Sob sob..! okay, setel part tu, sekarang nak masukkan alat tu azab juga bagi aku. Dr masukkan alat tu, boleh tahan sakitnya, macam segugut tu, dan aku rasa bende tu kat bahagian dalam pusat. Mungkin itu hujung Rahim. Mungkin. Dan sakit okay.! Macam nak bersalin. Peha aku dah bergetar. Dr pun bagitahu dah siap. Dan nak gunting tali. Sekejap je proses nya tapi waaaa rasa lamanyaa. Lepas pasang tu aku rasa sakit macam segugut kuat. Nak jalan pun pegang perut. Perlu scan untuk pastikan kedudukan alat tersebut di empat yang betul. Setel semua, Dr bagi next appointment untuk cek lagi sebulan. Sempat aku tanya Dr, sakit ni berapa lama? Sebab sakit sangat. Dr jawab, biasanya seminggu. Sakit macam rengat kan?’ tanya DR. ye macam rengat. Teringat aku lepas bersalin haritu rengat setiap kali baby nak menyusu. Seksa nya. Dan dr suruh ambik ubat penahan sakit di farmasi.

Maka aku pun berjalanlah ke farmasi. Ambik no giliran. Hanya 2 no lagi umtuk sampai giliran aku. Tapi aku tak larat sangat. Rasa lemah segala badan, kepala pening dan mata nak terpejam. Melepek aku atas kerusi. Bila tiba giliran aku, akak farmasi tanya nama dan dia tanya pasang iud ke tadi? Aku jawab ye saje. Sebab tak larat nak cakap banyak-banyak. Akak farmasi tu bagitau ‘pucatnya muka awak, sakit ye pasang iucd ni, awak ni menakutkan akak la’ hehehe. Aku mampu tersenyum je sebab tak larat giler kot. Nak pengsan rasa. Sampai pintu keluar tu, aku bukak pintu tengok luar macam gelap je pandangan. Kepala berat giler. Nasib sebelah pintu ada kerusi. Sambal berpaut pada pintu Aku fikir baik aku duduk dulu, kang pengsan kat luar nayaa. Tapi memang aku tak larat sangat. Nak jatuh dah rasa. Aku pun duduk la atas kerusi sambal pegang perut menahan sakit macam nak bersalin tu. Tangan aku dah getar ni. Tambah kepala berat pulak. Tak tau la apa punca sampai jadi macam ni. Nasib baiklah depan bertentangan kerusi aku duduk tu kaunter pendaftaran, dan ada beberapa orang nurse di situ. Terus nurse-nurse tanya sesame mereka ‘eh, kenapa tu’ aku mampu dengar je. Nurse datang kat aku dan tanya kenapa tapi aku tak mampu jawab. Peha aku pun sakit sangat. Mereka bawakan wheelchair dan ampu aku duduk atas wheelchair. Nurse cakap dengan nurse lagi sorang ‘ni baru lepas pasang planning ni, tu pegang kad planning’. Diaorang tanya ‘kenapa ni puan, kalau tak bagitau macam mana nak tau punca nya’. Dengan lemah aku cakap ‘baru lepas pasang iucd’.  Tekanan darah dan bacaan gula aku diambil dan normal je semua nya. Terus di bawa ke bilik kecemasan.

Doktor yang pasang iud tadi datang cek lagi dan tanya beberapa soalan. Dia cakap kalau sakit maca rengat tu normal sebab Rahim macam menolak benda asing. Macam contraction la kiranya. Selepas cucuk ubat tahan sakit baru lah lega. Suami pun masuk bilik sambal dukung baby tengah tido. Alahai, kesiannya anak bonda ni. Mesti meragam nak susu kan. Suami cakap ada nurse panggil dalam kereta yang isteri awak pitam. Hehehe. Tak lama aku dibenarkan pulang. Rasa dah tak sakit sebab kesan pain killer tu, aku ajak suami makan. Hehe. Lapar pulak rasa.

Nak cerita yang aku sakit segugut tu dalam seminggu jugak lah nak baik. Pendarahan hampir 2 bulan. Lepas tu on off darah keluar. Pening sis. Tak tau mana period. Bila dah stop beberapa hari lepas tu keluar balik darah. Dan selepas ehem ehem tu mesti berdarah. Risau jugak. Kalau nak keluarkan semula, eh macam tak berbaloi la pasang sampai pengsan, tuptup tak sampai setahun nak bukak balik. Sakit haritu pun tergiang-ngiang lagi. Harapnya nanti pulihlah dari pendarahan ni ye..itu sahaja pengalaman nak cerita. Kalau uolls nak share pengalaman dialukan. Jom share kisah anda. ..



Friday 18 January 2019

FINAL THESIS CORRECTION MUCH MORE HARDER THAN VIVA ~

Assalamualikum..  Ada ke yang sudi baca blog ku ini.? ngee~

Setelah sekian lama berendam air mata, (cewah) menyiapkan correction final thesis, harini nak juga luahkan disini. Sebab tak tahan lagi. Ya Ampun, susah sangat nak meet examiner's satisfaction. Ada je yang salah. And she is really strict  and make my situation more complicated. Arggh, i wanna grad! I understand her intention to produce like quality and significant study. Tapi......I cant bear it anymore. In fact, i couldnt answer her questions in thesis. Its didnt cross my mind. At this moment, one and only i can do is DOA. Allah please make it easy for me. Lembutkan hati examiner ku agar menerima dan melepaskan thesis ku. Tutuplah aibku dan kesalahan ku. Aku ni hamba yang kerdil.

For me, make correction for final thesis much more harder compared to viva voce. Yes, viva is scary moment bila kita ambik master/phd. At least, it just stay for like several hours and then over.! Correction? it will took weeks to settle it down until no more question by examiner. This is my condition, it could be different to others experiences. 

Tinggal setapak lagi. Please stay strong. Lepas ni, u will graduate. Sikit lagi. For the seek of your baby, papa mama, husband and family please make it finish. 

Believe me, in doing research, hanya yang kuat sahaja akan survive.

Friday 28 December 2018

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK SYURGA KU

Assalamualaikum semua.... Ya Allah, lamanya tak update blog ni. Bukan setakat bersawang, tapi dah jadi lost world. Alhamdulillah masih bernafas dan berpeluang kongsi cerita disini. Its gonna be longggg entry. Get ready!

Harini 29/12/2018, bermakna lagi 2 hari untuk masuk ketahun baru. wuhuuu! Bercakap pasal tahun ni, erm, 2018 ni adalah tahun yang sangat penuh cabaran, dugaan dan ujian. Berbeza pada tahun sebelumnya 2017, tahun yang banyak happy moments 😙 (kenal buah hati, buat research attachment di France, jalan2 di london ..dari kecik berangan nak sangat merantau di Europe.. dan Dubai, well alone okay alone haha, tunang dan kahwin...wuhuu!)

Pada 2018, cabaran hidup semakin berat apabila study masterku semakin banyak cabaran, hampir give up, dan aku disahkan pregnant. Yes, itu berita baik. namun sepanjang pregnant, aku sangat lemah dan tidak dapat fokus pada pelajaranku. Supervisor Prof R, pula selalu salahkan aku atas slow progress dipengaruh pula oleh suara2 belakang labmates. Aku STRESS sangat. Hampir depression kot. hihi. Aku kerap ke hospital dan warded kerana tidak sihat, dan pregnant berseorangan tanpa suami bukan lah sesuatu yang mudah. Setiap hari call suami sambil menangis, mengadu tentang diri yang tak larat. Apa boleh buat PJJ kan. Alaaa...sedihlah bila ingat balik..😭 *nangis*

sempat snap gambar. hihi. semasa warded di hosp serdang ketika kandungan 10 weeks.

Balik cerita pengalaman pregnant, anakku ini sangat behave, pada minggu ke 20 lebih kurang, baru aku dapat rasakan gerakan janin di dalam rahimku. Bahagia nya. Namun bahagia itu hanya sebentar, pada minggu kedua bulan ramadhan lepas, aku berjalan seorang diri ke bazaar ramadhan cari juadah berbuka, pusing dalam 3 round juga sebab nak pikir dan buat keputusan nak beli apa, haha, lepas siap beli juadah, jalan nak ke kereta tiba-tiba rasa sakit di bawah perut, seakan senggugut, tapi boleh tahan lagi, malam nya, rasa sakit lagi, mild saja. Sempat lah whatsapps akak dan kawan tanya 'normal ke rasa macam ni' dan tanya di google. Jawapannya, normal biasanya rahim mengembang sebab baby membesar atau kencing kotor, jadinya, aku tahan kan aja. hari kedua, sakit belum hilang, dalam lab aku tahan sakit, kejap sakit kejap okay, tapi masa tu bodoh sangat, aku tak tahu maksudnya sakit ni. Ingatkan normal. Aku tunggu suami datang dari perak malam ni dan kami ada berbuka puasa di PICC, Putrajaya. Balik dari berbuka kami terus balik ke rumah Bentong, Pahang. Odw, aku rasa senak dan tak selesa sangat di perut, aku bagitau suami, boleh pulak die reply, 'aku makan banyak berbuka tadi' ciss!!! dia yang makan banyak. Kebetulan suami bawa kain pelikat, terus aku salin dari seluar ke kain pelikat dalam kereta, mungkin seluar tu sudah ketat buat aku tak selesa. 

Keesokannya sempat berborak dengan mama, acik ina (mak sedara) dan akak pasal rasa sakit ni, mereka pun cerita la pengalaman mereka mengandung dulu, sambil sakit boleh lagi la borak2. hehe. Malam ni pula ada majlis berbuka puasa di tahfiz adik danial, jadi kami sekeluarga akan masak2. Aku dengan semangatnya masak ayam goreng berempah 5 ekoq. Aku sorang ye. Aku ni kalau masak-masak ni memang semangat lah. Selepas selesai masak, kami bersiap ke tahfiz adik di Janda Baik. Semasa solat terawih, aku dah tak larat untuk join, jadi aku stay dalam kereta. Dalam sakit pun sempat main dengan anak buah 2 orang tu, dukung si bam bam tu. Geram dengan bambam tu. Rasa nak dukung gomol2 jee. 

Hari keempat tahan sakit, pagi bersahur tu aku dah rasa lain macam sakit ni, mencucuk betul, tapi kejap okay kejap tak, masa makan tu, tangan dah getar, nak suap nasi pun ta boleh dah. Suami pun cakap 'dah lah tak payah makan dah' aku pun bagitau suami, aku tak boleh puasa harini, suami pun okay je. Aku tidur kejap untuk tahan rasa sakit tu, mama datang bilik tengok keadaan aku, mama suruh baca doa-doa. Bangun tidur yang tak berapa nak tidur tu sebab kejap sakit kejap okay, dalam jam 10 pagi lebih aku bagitau suami tak tahan lagi jom pergi hospital, aku pun mandi dulu. Mandi pun ambil masa sebab sakit, aku baring kejap, bila okay aku pergi bilik air semula, bila sakit semula patah balik ke katil duduk dalam posisi sujud, adalah 3 kali cycles ni baru dapat mandi. haha!

Sampai di hospital hampir jam 12 tengah hari, kami ke emergency Hospital Bentong, pergi ke kaunter suami bagtau staff yang aku sakit seperti nak bersalin. Aku cepat2 potong kata suami ku, dalam hati aku 'apa suami aku merepek ni, ?? aku belum nak bersalin lah' rasa nak marah dengar dia cakap macam tu. Aku pun bagitau aku sakit seperti sengungut. Sekarang kalau ikutkan dalam 22 ++ weeks. Suami keluar cari parking lepas hantar aku. Staff pulak cakap kalau kes aku ni, kene pergi wad bersalin, dalam hati aku rasa nak marah sangat. Dah lah orang tengah sakit ni die suruh pergi sana sini pulak. haha! maaf emosi tak stabil. Aku jawab 'wad bersalin kat mana?' Aku tak larat dah sakit sangat sambil menangis. Staff tu bagitau 'takpa saya bawakan puan naik wheelchair'. Lega sikit dengar. Sampai je wad bersalin, nurse pun tanya la macam2, aku pun di hantar ke katil, tak pasti lah tempat orang bersalin kot. Baju aku disalin ke baju pink. Ujian air kencing diambil, aku tak mampu lagi untuk berjalan, nurse nak pasangkan tiub kencing tu, dengar je tiup kencing terus kecut perut, aku kuatkan semangat dan kumpul tenaga bagitau nurse, takpe saya pergi ke tandas aja. Nurse macam tak yakin, tapi aku yakinkan aku boleh. Aku gagahi juga ke toilet, aku sakit sangat lepas buang air tu, sampai terduduk mencangkung atas lantai sebab tak tahan sakit. Nurse datang ambil aku bawa ke katil. Darah diambil, tapi aku ni jenis susah nak ambik darah, cucuk banyak kali baru boleh, dengan tahan sakit nya. Masa nurse nak cucuk tu aku minta nurse hold dulu sebab aku tengah sakit sangat sambil menangis-nangis. Nak masukkan drip pun susah. Tak jumpa urat. Yang aku dengar Nurse bincang2, ambil sample darah dulu yang penting. Ada dengar2 nurse cakap mungkin ada protein dalam air kencing pun boleh menyebabkan sakit sangat.

Dalam jam 1.30 petang, doktor pun sampai untuk cek aku. Nurse sediakan alat2 aku pun tak tau apa, tapi aku takut sangat. Aku berpikir, mesti nak masukkan mulut itik, aku takut sebab selalu dengar2 yang mulut itik tu menyakitkan. Dr masukkan bende alah tu, aku tak pasti apa, yang aku tau masa Dr masukkan tu sakit sangat, aku menangis dan jerit 'sakit'. Aku rasa Dr marah aku, Dr cakap jangan  lawan, jangan kemut nanti lagilah sakit. Amboi garang nye Dr. hehe. Nurse minta aku jangan kemut, aku tak taulah aku kemut ke apa, yang aku tau aku sakit sangat. Sewaktu Dr masukkan bende alah tu, aku dengar nurse sebut 'Allah..'. Aku dah risau sangat bila dengar nurse cakap macama tu. Lepas tu Dr bagitau dah 7cm. 'Ya Allah... ujian apakah ini.' Lagi aku dengar Dr minta nurse sediakan ambulans (utk ke hosp temerloh) dan jangan bagi aku bersalin dalam ambulans. Mana suami dia, saya perlu bagitahu isterinya perlu bersalin. Lebih kurang macam tu la ayatnya. Kiranya aku memang dah nak bersalin ke? dalam menangis-nangis aku tanya nurse, anak saya selamat ke nurse? Nurse cuma cakap insyaAllah, kita berdoa banyak-banyak. Puan jangan menangis jangan stress nanti baby pun stress. Puan jangan duduk mencangkung macam tadi takut nanti baby terkeluar, baby awak dah nampak sangat tu. Kepit kaki ye. Jangan bukak kaki. 

Sepanjang dalam ambulans tu, rasanya lama sangat. Aku selalu tanya nurse, dah nak sampai ke? jauh lagi ke? lama lagi ke nurse? Nurse sempat lagi hiburkan hati aku, 'kita macam vip lah, semua orang bagi laluan untuk kita' hehee. aku senyum hambar. In between nak sampai hospital tu, seorang lelaki (tak sure jawatan dia) inform aku risiko dalam ambulans ni, kalau saya terbersalin dalam ambulans, kami memang tak boleh buat apa, anak puan tak dapat diselamatkan, puan faham kan maksud saya..?' Aku angguk lemah. Walaupun aku masih mengharap yang anak aku selamat. Dalam jam 3.45ptg, sampailah kami ke wad bersalin Hospital Temerloh. Aku ditolak kedalam. Aku cuma nampak ceiling je. ehee! Kemudian aku di hantar ke labour room. Aku ingat lagi Labour room no 10. Maka mulalah episod seluk-menyelok. Ha ini aku paling la tak suka sangat. Menangis tak hentilah. Bila contraction tu datang tangan getar, katil dah macam bergegar, aku genggam kuat2 baju suami, tak pun tangan dia, macam2 zikir suami ajar, aku merayu pada suami, sakit sangat ni sayang. apa pun jadi aku redha. Maafkan segala salah ku. Sayu je tengok muka suami. Mama pun ada masuk tengok aku, mama bawak air bacaan yasin nak bagi aku minum tapi nurse tak benarkan, dalam keadaan aku macam ni, dah tak boleh makan dan minum, katanya. Mama baca doa untuk aku. kesian pulak aku tengok mama berdiri, aku suruh mama ambik kerusi untuk duduk tapi mama taknak. Sempat aku minta maaf pada mama, dan minta mama bagitau semua orang aku minta maaf. 

family tunggu di ruang menunggu. acikwok, mama (on phone dengan sapa la tu), akak dan anak2nya, mayra dan bambam. terima kasih semua sanggup menunggu sampai jam 1 pagi. 


Suami keluar solat magrib dan isyak, aku rasa lama sangat dia keluar, aku tanya nurse mana suami saya, nurse cuba call, tapi tak dapat pulak. Alahai manalah suami aku ni, aku tengah sakit sangat ni. Takut je kalau tak sempat jumpa. Macam-macam pikir. Dr pun datang bagitau aku apa akan berlaku apabila dilahirkan, chances untuk bayi survive amat tipis. Dr akan terangkan pada suami nanti. Bila Dr scan baby, aktif je baby dalam perut ni. Dr pun bagitau ni anak awak, aktif je. Sabarlah sayang..jangan lah keluar lagi ye. Scan menunjukkan baby berusia 25w1d. Bermakna  6 bulan lebih. Lepas Dr explain pada suami bla bla bla...nurse nak cek bukaan lagi, bermakna kene seluk lagi, ohh tidak!! Suami diminta keluar. Aku pulak nak membuang air kecil sangat. Aku tnya lah nurse saya nak terkucil la, macam mana ni, tadi au rasa macam nurse masukkan tiup air kencing. Nurse cakap kencing je kat atas katil tu. Seriez lah? haha! Kemudian suami pun masuk, aku tanya suami 'kenapa lama sangat, janganlah tinggalkan kite.' huwarghh! Dr pun masuk lagi, lepas Dr explain pada suami bla bla bla...nurse nak cek bukaan lagi, bermakna kene seluk lagi, ohh tidak!! Suami diminta keluar. Sudah 9cm. Nurse bagitau kalau air ketuban pecah panggil mereka. Okay! Tunggu punya tunggu tak pecah2 pun ketuban. Nurse datang lagi. Kali ni agak ramai. Dia masukkan lagi. Sekali terasa air suam-suam keluar. Oh macam ni rasanya air ketuban pecah. Aku tak pastilah dipecahkan atau pecah sendiri. Kemudian datang Dr beberapa orang, ada dari pakar kanak-kanak, dan Dr lain. Mereka minta aku push, teran. Aku cuba. Sakit sangat. Nurse minta aku pegang pergelangan kaki. Aku tak tahu macam mana nak pegang pergelangan kali. Mana lah sampai. Nurse dengan tegasnya kata 'boleh, apa pulak tak boleh' sambil tarik tangan aku ke kaki.

Lebih kurang jam 9.30 malam, dalam 3 kali teran, aku dengar Dr cakap dah nampak baby, Good! Push sikit lagi. Dengarlah tangisan anakku. Halus je suaranya. Ya Allah, adakah anakku akan meninggalkan aku. Keluar saja anakku, aku dengar nurse sebut 'Allah'. Kenapakah? Ada yang tak kena ke? Terus mereka bawa pergi anakku. Tak sempat aku melihat anakku. Nampak sekali imbas je. Dahlah aku ni rabun. Dibawa ke NICU kata Dr. Aku dengar lagi mereka kata baby boy. Ya Allah, betul lah sangkaan ku selama ni, anak yang ku kandungkan adalah baby boy. Hilang segala sakit apabila anak ku telah berjaya keluar. Barulah au boleh bernafas dengan tenang. Sebelum ni, semasa contaction, nak bernafas pun macam tak sempat. Tak cukup nafas. huhu! Rupanya sakit tidak hilang di situ, nurse datang katanya nak cuci rahim. What??! Maka, dia masukkan lah tangan nya lagi. Aduh sakit nya. Bila lah nak hilang kesakitan ini. Aku tak tahan sangat, aku tanya nurse, lama lagi ke nurse? Nurse bebel pulak kat aku, 'nurse ni nak tolong awak, patient ni tu la, semua nak cepat, memang la sakit nak bersalin, kalau tak sakit tu bersalin dalam drama, berlakon tak sakit lah...bla..bla..' Apa yang nurse merepek ni? dalam hati aku. Nurse sambung lagi bebel, 'awak ni kira beruntung anak kecil, orang lain kepala anak besar kepala lutut ni nak keluar lagi sakit.' Ni aku bengang! Kenapa nak cakap macam tu, tau tak orang lain tu boleh bersama anak mereka sedangkan aku....anak aku akan tinggalkan aku. Sedih sangat bila nurse sebut pasal anak.

Tak lama lepas tu, datang seorang Dr kenalkan dirinya dari pakar kanak-kanak, katanya anakku diletakkan di dalam ventilator, tapi katanya tidak doberikan oksigen, means baby akan pergi slow2. Ya Allah, beratnya. Aku merayu pada Dr untuk bekalkan oksigen pada anakku. Dr bersetuju. Dr ata lagi chances anakku memang amat tipis atau tiada langsung. Mungkin jika di negara maju, ada alat yang dapat membantu bayi prem seperti anakku, tapi tiada di Malaysia. Anakku baru 25 minggu, mungkin jika bayi 28 minggu, mungkin ada harapan. Kata Dr lagi, lung anakku tak dapat fully function diluar (luar dari rahim). Mata anakku juga tak dapat buka lagi, not fully developed. Jika survive pun, akan ada banyak risiko untuk masa depannya. Kesiannya anakku. Pergilah sayang. Bonda redho. Pergilah bermain di Syurga Allah. Pulanglah kepada Pencipta mu. Setelah explained, Dr pun pergi. Aku berehat lagi dalam LR. Aku dengar di luar hujan sangat lebat. Anakku akan pergi...
dalam sejam kemudian, Dr tadi datang lagi untuk inform aku yang bacaan jantung anakku sudah drop (tak ingat berapa bacaannya dalam belas2 tak silap). Katanya anakku sangat lemah dan akan pergi bila-bila masa. Aku angguk sahaja. Sedihnya rasa. Tapi aku kena kuat. Kena redha atas ujian Allah ini. Anakku akan lebih tenang di sana. Hampir jam 12 malam, Dr tadi datang lagi, dan bagitau aku yang anakku sudah tiada pada jam 11.50 tadi sambil genggam tangan ku. Allah. Tapi aku sudah tidak boleh menangis lagi. Aku sudah redha. Aku angguk dan berpaling muka dan tutup mata. Mimpikah aku? Sempat aku ucapkan terima kasih pada Dr tadi sebelum dia pergi.

Datang lagi Dr lain katanya untuk cek jika masih ada darah beku dalam rahim. Aduh ! Seksa lagi. Tadikan nurse sudah buat. Masa Dr masukkan tangan tu, aku terjerit "YA ALLAH". DR cepat2 minta maaf pada ku. 'Maaf ya puan, sait sikit ye, kene buang jika ada darah beku di dalam' Aku tak marahkan Dr pun, cuma yela sakit sangat kan. ehe! Cepatlah habis proses ni. 12.30 pagi, nurse datang bawa jasad anakku, nurse tanya nak pangku atau biar di dalam tempat bayi tu (tak ingat nama). Aku pilih untuk pangku anakku. Terus aku cium anakku. Comelnya dia, macam bapaknya. ehe! hidungnya sama macam bapaknya. mengalir air mataku, rasa macam taknak lepas. Suami ku pun masuk, aku bagitau padanya anak kita dah takde. Aku serahkan anak syurga kami ke tangan nya. Suamiku azankan anakku. Aku nampak suamiku lap air mata nya. Dan inilah pertama kali aku melihat suamiku mengalirkan air mata sepanjang kami kenal. Sabarlah sayang. Anak kita ke syurga. Sekarang, nurse nak bawa aku ke ward. Aku belum puas bersama anakku. Nurse kata akan bawa anakku ke bilik forensik, besok pagi suamiku boleh tuntut untuk mandikan, kafankan dan sembahyangkan di bilik forensik. Selamat tinggal anakku. Uri diserahkan kepada family ku untuk dibawa balik dan disimpan. Semasa aku bangun dari katil untuk ke kerusi roda, darah jatuh menitik, aku bagtau nurse, 'nurse, darah..!' Nurse pun cakap tu darah nifas. Aku dah cuak takut tumpah darah ke apa. Sebelum tu Dr ada pakaikan aku maternity pad dari hospital. DR tanya aku ada pad tak? aku jawab tak ada, saya tak prepare apa-apa pun Dr. 'Takpe-takpe' jawab Dr tu. Yelah, aku baru 6 bulan. Belum ready apa2pun lagi.


inilah anak syurgaku. seberat 550g. panjangnya sepanjang tanganku ke lengan. Dalam perut nampak kecik sebab perutku tak nampak seperti pregnant pun walau dah 6 bulan. tapi bila keluar panjang juga anakku ini. ❤️

Malam tu, aku memang tak boleh tidur, sehinggalah pagi. Aku minta pada nurse kalau boleh aku nak keluar awal sebab nak keluar sekali dengan anak syurgaku. Aku nak bawanya balik ke rumah, nak pangku nya dan pergi pengebumiannya. Alhamdulillah aku dibenarkan discharge. Family tunggu di rumah. Cuma papa ada di hospital untuk teman suamiku berurusan. Aku ikut suamiku tuntut anakku. tapi aku tak sanggup nak lihat anakku dibaluti kain putih. Suamiku berikan anakku kepada aku untuk aku pangku. Sepanjang perjalanan, aku berharap thisgonna be long journey sebab tak puas untuk aku pangku anakku. Aku tau, bila sampai di rumah, aku akan berpisah dengan anakku selamanya. anakku akan di bawak ke alam lain. Sampai saja dirumah, kami disambut oleh mama dan acikwok di luar pagar, acikwok terus ambil anakku untuk dipangku, mama pulak terus pelukku sambil menangis. Mama kata padaku, 'sabarlah ni anak syurga'. Tak lama kemudian, kawan2 mama pun datang melawat. Makde dari KL juga datang melawat jenazah anakku. Terima kasih semua. Terima kasih akak dan Abang Izad tunggu kami di hospital sampai 1 pagi dengan anak2 kecil. Dan belikan aku makanan untuk berpantang.

makteh, mama, makde panku cucunya. mereka nak ambil gamba untuk kenangan katanya. mula-mula aku tolak. tapi takpelah, mungkin satu hari nanti aku juga nak lihat lagi peristiwa ini.

mak dan ayah mertua sampai dari perak. mak sedang panku anak surgaku.

Selepas zohor, anakku dikebumikan. Ayahnya sendiri meletakkan anak syurga kami ke rumah barunya. InsyaAllah sayang nanti kita akan bertemu di syurga. Bawalah ibu bapa mu ini ke syurga ye syg.

pangkuan terakhir sebelum aku melepaskan nya pergi buat selamanya. Bonda sayang kamu anakku.

Bila Dr bagitau suami yang aku kene bersalin sekarang, terus dia pergi beli baju baby, selimut dan maternity pad. Pandai pulak dia. 😀Terharu rasa. Tapi apakan daya, anak kita tak sempat pakai pakaian ini. Pakaian bayi yang kami dah beli semuanya inggal di rumah perak. Cadangnya, pada hari aku bersalin tu kami nak pergi shopping lagi barang baby. Namun perancangan Allah siapa yang mampu menolaknya.

Inilah kisah pengalaman aku melahirkan anak syurgaku. Coretan ini hanyalah untuk dibuat kenangan untuk diriku. Sesiapa yang membaca ini, doakan anak keduaku dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna. 


Friday 7 June 2013

Friendship


Sometimes in life, you find a special friend. 

Someone who changes your life just by being part of it. 

Someone who makes you laugh until you can't stop. 

Someone who makes you believe that there really is good in the world. 

Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. 

This is forever friendship. 

When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. 

Your forever friend gets you through the hard times, the sad times and the confused times. 

If you turn and walk away, your forever friend follows. 

If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on. 

Your forever friend hold your hand and tells you that everything is going to be okay. 

And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. 

You have a forever friend, and forever has no end.

-anonymous-



Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

Tada..! Setelah sekian lama tak update, kini saya kembali membersihkan semula blog  yang sudah bersawang. Bak kate Cemah, 'dah berkulat dah blog kau'. Ambooii die! Haha.. Bace tajuk atas tu macam nak muntah darah je rasa, tapi tak apa kita teruskan.

Memandangkan sekarang ni musim final exam, semua tengah sibuk menelaah dan library kelihatan seperti pasar malam, aku pun nak lah share2 sikit tips nak menghadapi peperiksaan. Tapi tak semua tips ni aku praktikkan..hehehe...bagi tips memang senang, yang susah tu nak buat. Alahaaiii...

Aku boleh nasihatkan korang nak exam ni study pagi pukul 3 pagi, waktu tu fresh kononnye. Tapi...aku nak buat macam tu, errrr....krik..krik....

Maleh eden nak bebel panjang...bace ni:

1) Rajin-rajinkan diri buat solat hajat 7 malam sebelum start paper. Ni mak aku la selalu suruh buat. Jadi setiap kali nak final exam aku akan cuba buat.

2) Aku ni jenis tak boleh study dalam bilik. Kalau dalam bilik tak study tapi stido. Jadi, bila menjelang final exam je, aku akan cari tempat yang tenang. Library? Oh, tidak. Disaat-saat nyawa di halkum ni, terasa library terlalu sesak. Sampai air-cond pun dah tak rasa sejuk. Aku dan sorang teman akan ke MASJID. Walaupun tak ler alim mane tapi ape salahnye kan kite ke sana. Selain dapat mendekatkan diri padaNYA, ketenangan pun dapat, pastu kan kalau korang rase mengantuk, tidur je kat situ. Kalau kat library maunye kene halau kan. Banyak la lagi kelebihannya. Korang kene rase baru tau. Dah pergi masjid tu ringan-ringankan lah bersedekah kat dalam tabung masjid tu ye. Besar manfaatnya.

3) Nama pun perempuan, note tak sah kalau tak colorful. Kan..kan..kan? Hihihi.. Bagi aku kalau nota menarik akan menaikkan mood kita untuk membacanya. Tak gitu kawan-kawan? Terpulangla pada kreativiti anda.

nota aku buat semester lepas. semester ni kemalasan at max level.
meriah macam lampu kelip-kelip hari taya tak?

4) Kalau rase diri tu tak berapa nak pintar macam aku ni, ape kate kerapkan berjumpa pensyarah/cikgu. Kebanyakan kita malu untuk berjumpa guru/lecturer kan? tak apa, apa kata kita jumpa rakan-rakan yang lebih bijak untuk bincang soalan-soalan atau ape-ape yang kita tak berapa faham. Jangan jadi bodoh sombong. Muka tembok tak apa, yang penting kita faham betul tak? 


5) Errr....dah tak tau nak share tips ape lagi sebab....sebab......gua bukan best student beb !!! Korang la share dengan aku.
Ok. bye! 

*sebenarnya tengah stress tapi tetibe dapat mood nak update blog. Nak final exam tapi assignment menggunung everest. 

Saturday 15 September 2012